Karier politik Malcolm_Turnbull

Penglibatan awal politik

Turnbull pertama kali menunjukkan minat untuk memasuki Parlimen Australia pada tahun 1981. Beliau bertanding untuk pra pemilihan Parti Liberal untuk kerusi Wentworth di pinggir bandar timur Sydney semasa pilihan raya kecil Wentworth 1981; walau bagaimanapun, beliau kalah kepada Peter Coleman.[5] Beliau meninggalkan keahliannya dalam Parti Liberal pada tahun 1980an dan menyertai semula pada lewat tahun 2000.[23] Turnbull merupakan Bendahari Persekutuan Parti Liberal dan merupakan ahli persekutan parti itu dan Eksekutif New South Wales dari tahun 2002 sehingga 2003. Beliau juga merupakan pengarah Menzies Research Centre, pusat penyelidikan Parti Liberal.

Turnbull pada tahun 2005

Gerakan Republik Australia

Dari tahun 1993 sehingga 2000, Turnbull merupakan pengerusi Gerakan Republik Australia. Beliau adalah seorang perwakilan terpilih di dalam Konvensyen Perlembagaan Australia 1998 di Canberra pada bulan Februari.[24] Di Konvensyen itu, Turnbull memberi amaran terhadap mencampurkan peranan Presiden dan Perdana Menteri, menyokong sebuah Parlimen Republik dan menyokong pelantikan Bi-partisan model republik yang diterima pakai oleh Konvensyen.[25]

Turnbull aktif dalam kempen referendum 1999 yang tidak berjaya untuk menubuhkan republik Australia sebagai pengerusi Jawatakankuasa Ya. Beliau menerbitkan sebuah buku mengenai kempen ini, yang dipanggil Fighting for the Republic. Pada tahun 2000, Turnbull bersara sebagai pengerusi Gerakan Republik Australia. Turnbull meninggalkan lembaga Ausflag pada tahun 1994 selepas diminta untuk meletakkan jawatan dan pada tahun 2004 dia menyertai Persatuan Bendera Kebangsaan Australia.

Pilihan Raya Parlimen

Pada tahun 2003, Turnbull mengumumkan sekali lagi bahawa beliau memohon untuk bertanding satu kerusi parlimen. Pada awal tahun 2004, beliau memenangi satu lagi pertandingan hangat untuk Wentworth, mengalahkan Peter King. Selepas tidak dipilih, King bertanding untuk kerusi itu dalam pilihan raya 2004 sebagai calon bebas. Pertandingan untuk kerusi itu telah menjadi tiga penjuru diantara Turnbull, King dan calon Parti Buruh, David Patch. Semasa kempen itu, Turnbull menghabiskan lebih AUD 600,000 untuk berkempen.[26] Undi utama Liberal jatuh sepuluh peratus dan Turnbull menang.

Kerajaan Howard

Ketika mengumumkan rombakan kabinet pada 24 Januari 2006, Perdana Menteri, John Howard menaikkan Turnbull dari ke Setiausaha Parlimen dengan tanggungjawab khas untuk air ketika kemuncak kemarau Australia 2000an.[27] Dalam kapasiti baru ini, beliau melaporkan terus kepada Perdana Menteri. Pada 26 September 2006, Howard mengumumkan penubuhan dalam Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet, "Pejabat Sumber Air" baru untuk menangani masalah kemarau di Australia. Turnbull diberi tugas untuk menguruskan pejabat ini sehingga dia dinaik pangkatkan oleh Howard sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air pada bulan Januari 2007.

Dalam kedudukan beliau sebagai Menteri Alam Sekitar, Turnbull meluluskan cadangan Bell Bay Pulp Mill bernilai AUD1.7 bilion di utara Tasmania, berdekatan Launceston.[28] Kelulusan Turnbull untuk projek Bell Bay Pulp Mill oleh Gunns Ltd datang pada 4 Oktober 2007 dan diikuti laporan oleh ketua saintis Kerajaan, Jim Peacock atas kemungkinan impak alam sekitar oleh projek itu, yang memerlukan projek itu untuk menepati 48 syarat "ketat alam sekitar".

Pada bulan Februari 2007, Turnbull dikritik kerana menerima elaun kerajaan AUD175 semalam dan membayar kepada isterinya sebagai sewa semasa tinggal di rumah bandar miliknya di Canberra.

Semasa kempen pilihan raya 2007, Turnbull mengumumkan bahawa Kerajaan pada masa itu akan menyumbang AUD10 juta kepada penyiasatan sebuah teknologi Rusia yang belum dicuba bertujuan untuk mencetuskan hujan daripada atmosfera walaupun tiada awan. Perbadanan Hujan Australia membentang dokumen penyelidikan itu ditulis dalam Bahasa Rusia, dijelaskan oleh seorang penyelidik Rusia yang bercakap kepada pakar-pakar tempatan dalam Bahasa Rusia.[29] Walaupun Turnbull mendakwa Perbadanan Hujan Australia berpangkalan di Australia, siasatan mendedahkan bahawa ia 75 peratus dimiliki Switzerland. Ia juga didedahkan bahawa pihak berkepentingan dalam Perbadanan Hujan Australia, Matt Handbury, adalah anak saudara kepada Rupert Murdoch. Turnbull enggan menjawab soalan-soalan mengenali sumbangan Handbury kepada Forum Wentworth, organisasi mengumpul dana utama untuk kempen pilihan raya 2007 Turnbull.[29]

Pada tahun 2007, Turnbull menjanjikan bahawa kerajaan beliau, jika dipilih, akan memberikan manfaat kematian pasangan sama-seks dalam skim persaraan Komanwel, janji yang sama yang dibuat tiga tahun sebelum itu, semasa kempen pilihan raya persekutuan 2004.[30]

Pembangkang

Tanpa persaingan pilihan raya daripada bekas penyandang AP Peter King, seperti pada tahun 2004, Turnbull mengekalkan kerusinya semasa pilihan raya 2007. Perdana Menteri, Howard tewas kerusinya sendiri Bennelong, dan pada 25 November 2007, timbalan ketua Liberal, Peter Costello mengumumkan bahawa beliau tidak akan mendapatkan kempimpinan parti. Turnbull mengisytiharkan pencalonannya pada hari yang sama dan dianggap kegemaran ramai.[31] Beliau tewas kepada Brendan Nelson dengan 45 undi kepada 42. Nelson melantiknya sebagai Bendahari Bayangan.[32]

Ketua Pembangkang

Turnbull (tengah) bersama Helen Coonan (kiri) dan Julie Bishop (kanan) pada bulan Julai 2009.

Pada 16 September 2008, Turnbull dilantik sebagai ketua parti dengan 45 undi kepada 41. Pada bulan yang sama, beliau mengaku bahawa beliau pernah menghisap ganja ketika zaman mudanya, menjadikannya ketua Liberal pertama untuk membuat pengakuan seperti itu. Katanya, beliau kini berpendapat bahawa ia adalah idea yang sangat buruk kerana dadah boleh merosakkan. Pada awal tahun 2009, Turnbull melantik Chris Kenny, bekas kakitangan Downerdan wartawan Advertiser, sebagai ketua kakitangannya.

Pada bulan Mei 2009, Turnbull menyerang belanjawan persekutuan Australia 2009, khususnya ujian cara untuk rebat insurans kesihatan swasta.[33] Pada bulan berikutnya, Godwin Grech, seorang pegawai Perbendaharaan, mendakwa bahawa seorang peniaga kereta yang mempunyai kaitan dengan Parti Buruh telah menerima layanan istimewa di bawah program OzCar, mencetuskan 'Hubungan OzCar'. Pada hari itu, Turnbull menyatakan bahawa Perdana Menteri Rudd dan Bendahari, Wayne Swan telah "menggunakan sumber pejabat dan pembayar cukai mereka' untuk mendapatkan kelebihan untuk salah seorang daripada rakan-rakan mereka dan kemudian berbohong mengenainya kepada Parlimen" dan bahawa mereka perlu menjelaskan tindakan mereka atau meletakkan jawatan.[34] Pada 22 Jun, emel yang dihantar Grech kepada Parti Liberal untuk menyokong dakwaan ini telah didapati dipalsukan oleh Grech; kemudiannya diakui oleh Grech,[35] dan Pejabat Audit Negara Australia pada 4 Ogos membersihkan kedua-dua Rudd dan Swan daripada sebarang salah laku.[36] Pengendalian Turnbull terhadap Hubungan OzCar membawa kepada penurunan yang besar dalam penilaian kelulusan Parti Liberal dalam undian pendapat.[37]

Pada 24 November 2009, mesyuarat bilik parti telah diadakan untuk membincangkan cadangan Kerajaan Rudd iaitu Skim Pengurangan Pencemaran Carbon (CPRS). Turnbull mengarahkan partinya untuk menyokong CPRS walaupun perbezaan pendapat yang ketara dalam kalangan rakan-rakannya.[38] Terdapat juga cadangan bahawa beberapa Ahli Dewan Negara Liberal perlu mengundi untuk perdebatan "guillotine" dan memaksa undian segara Senat ke atas rang undang-undang CPRS. (Jika Senat menolak rang undang-undang, ini telah memberikan kerajaan satu pencetus pembubaran berganda.) Sebagai tindak balas pada hari berikutnya, AP Wilson Tuckey dan Dennis Jensen membuat "gerakan tumpahan" (untuk undi kepimpinan parti), tetapi ia dikalahkan dengan 48 undi kepada 35.[39] Walau bagaimanapun, pemberontakan itu berterusan;– ramai kerusi depan Liberal meletak jawatan daripada kabinet bayangan termasuk Tony Abbott.[40]

Pada 1 Disember 2009, satu gerakan tumpahan telah dijalankan. Turnbull tewas undian kepimpinan seterusnya kepada Abbott dengan 42 undi kepada 41 dalam pengundian kedua.[41]

Selepas kepimpinan

Selepas undian kepimpinan, Turnbull berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Wentworth.[42] Pada 6 April 2010, beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula.[43] Walau bagaimanapun, pada 1 Mei 2010 beliau menukar semula keputusannya.[44]

Ketika pilihan raya persekutuan 2010, Turnbull dipilih semula[45] dan kemudiannya dibawa balik ke bangku depan sebagai menteri komunikasi bayangan.[46] Di Kuliah Alfred Deakin 2012 mengenai kebebasan digital, beliau bercakap kuat terhadap cadangan dua tahun undang-undang pengekalan data kerajaan Australia.[47]

Pada bulan Julai 2012, Turnbull dikritik kerana mengatakan bahawa kesatuan awam perlu diterima sebagai langkah pertama ke arah hak-hak penuh perkahwinan sejenis. Turnbull juga menyokong perkahwinan sejenis dan undi nurani untuk Ahli Parlimen Gabungan mengenai isu itu. Walau bagaimanapun, Tony Abbott tidak membenarkan undi nurani atas isu tersebut. Turnbull berkata negara-negara yang telah membenarkan perkahwinan sejenis seperti Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Kanada dan United Kingdom bermula dengan mempunyai kesatuan awam.[48]

Menteri Komunikasi

Turnbull ketika mesyuarat November 2014 International Telecommunication Union di Busan, Korea Selatan, sebagai Menteri Komunikasi

Pada Selasa 9 April 2013, Turnbull bersama-sama Tony Abbott mengumumkan racangan alternatif Rangkaian Jalur Lebar Kebangsaan (NBN).[49] Pada tahun 2014, Turnbull mengumumkan bahawa Laporan Vertigan, sebuah analisis faedah kos untuk menyediakan jalur lebar yang cepat ke serantau dan luar bandar Australia melalui tanpa wayar dan perkhidmatan satelit, mendedahkan bahawa ia akan menelan kos hampir AUD5 bilion dan dijangka untuk menghasilkan hanya AUD600 juta faedah ekonomi - pulangan sebanyak hanya 10 peratus. Walaupun kos ekonomi seperti berikut, Turnbull menyatakan bahawa subsidi jalur lebar ke kawasan serantau "mahal" tetapi berkata tidak ada pilihan lain.[50] Turnbull mengurus perjanjian diantara kerajaan, NBN Co dan Telstra pada bulan Disember 2014 dimana NBN Co memperolehi rangkain tembaga sepaksi hibrid serat (HFC) Telstra yang boleh digunakan untuk menyampaikan NBN. Selanjutnya, Telstra dan NBN Co akan bekerja bersama-sama dalam percubaan FTTN yang melibatkan 200,000 premis.[51]

Rujukan

WikiPedia: Malcolm_Turnbull http://asx.com.au/asx/statistics/displayAnnounceme... http://www.brw.com.au/lists/rich-200/2014/ http://www.brw.com.au/p/entrepreneurs/clive_palmer... http://www.couriermail.com.au/news/malcolm-turnbul... http://www.gq.com.au/life/people/gq+a+with+malcolm... http://www.heraldsun.com.au/news/national/tony-abb... http://www.livenews.com.au/Articles/2008/09/24/The... http://malcolmturnbull.com.au http://www.malcolmturnbull.com.au/ http://www.malcolmturnbull.com.au/about/about-2